Wednesday, 3 September 2014

JENAZAH MOHD FIRDAUS B ABD RAHIM, KOR PILOT PESAWAT MH17

Assalamualaikum dan selamat pagi.....

 Disaat ini kesedihan yang melanda penduduk Malaysia apabila berlakunya insiden malang pesawat MH17 airlines ditembak jatuh di Ukrine masih terasa lagi. Oleh itu marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.......kepada mangsa-mangsa pesawat MH17 semoga roh mereka aman damai dan tenang. Kami di Kemas Teluk Intan turut terasa dukacitanya dimana Kor Pilot Pesawat MH17 Arwah Mohd Firdaus b Abd Rahim adalah orang Teluk Intan.
Penghormatan Terakhir untuk jenazah



Menteri Besar Perak

Memasuki masjid untuk disembahyangkan




Jenazah arwah Mohd Firdaus b Abd Rahim tiba perkarangan padang speedy Teluk Intan pada pukul 10.30 pagi semalam untuk diberi penghormatan terakhir. Jenazah tiba menaiki sebuah helikopter dan dibawa turun menaiki van jenazah untuk di sembahyangkan di masjid berdekatan dengan Padang Speedy. Sebelumnya tiba jenazah Mohd Firdaus orang ramai sudah membanjiri Padang Speedy untuk memberi penghormatan terakhir. Ketibaan Jenazah di sambut DYMM Paduka Seri Sultan Dr. Nazrin Muizuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfullah. Sementara itu Menteri Besar Perak Dato' Seri Diraja Dr.Zambrey pon turut hadir.

Setelah selesai jenazah disembahyangkan ianya di bawa ke tanah Perkuburan Orang Islam Taman Ros,. Kakak sulung jenazah Mohd Firdaus ada berkata hajatnya untuk ditanamkan di sebelah arwah bapanya ketika mana jika beliau sudah meninggal dunia. Arwah telah meninggalkan seorang balu dan anak didalam kandungan. Kesedihan yang melanda ahli keluarga arwah turut dirasai oleh penduduk di Teluk Intan ini, oleh itu kita sama-sama doakan agar roh arwah bersemadi dengan tenang.
Tibanya Jenazah Arwah Mohd Firdaus
Bacaan Talqin 
Ibu Arwah Mohd Firdaus
Orang Ramai ke Tapak Perkuburan

Monday, 18 August 2014

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG 2014 PERINGKAT NEGERI PERAK DI DATARAN MENARA CONDONG TELUK INTAN

Pengarah Kemas Perak bersama Pegawai Daerah Kemas Teluk Intan
Assalamualaikum,selamat pagi, salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Sepertimana yang kita ketahui bulan ini adalah bulan kemerdekaan, sudah semestinya bagi kita semua rakyat Malaysia ingin menyambut kemerdekaan yang ke-57. Pada tahun 2014 ini Pelancaran Bulan Kemerdekaan Dan Kibar Jalur Gemilang  Peringkat Negeri Perak telah di adakan di bumi Teluk Intan iaitu daerah Hilir Perak

Program Pelancaran tersebut telah diadakan pada hari ahad iaitu 17/8/2014 bertempat di dataran Menara Condong. Aturcara majlis bermula pukul 6.30 petang dengan ketibaan lebih kurang 10,000 orang ramai  membanjiri dataran Menara Condong. Tidak lupa juga kewajibpan seorang Muslim menunaikan solat Mahgrib berjemaah di Masjid baru Teluk Intan dan Masjid lama. Setelah selesainya solat Mahgrib pukul 8 ketibaan Jemputan VVIP.
Pengarah Kemas Negeri Perak bersama Anggota Kemas Teluk Intan
Kemeriahan majlis tersebut disertai oleh anggota Kemas sendiri yang datang dari 3 Parlimen, dengan mengenakan seragam tradisi Jabatan Kemas iaitu berwarna merah memang menampakkan lagi kemeriahan majlis tersebut. Dengan memeriahkan lagi majlis ketibaannya konvoi pelbagai kenderaan seperti motor besar, motor kapcai dan kereta. Tepatnya jam 9.00 malam ketibaan YAB, Dato 'Seri DiRaja Dr. Zambry b Abd Kadir Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Selepas itu lagu Negaraku dan Disini Lahirnya Sebuah Cinta di mainkan pada malam itu. Selain itu juga untuk menaikkan semangat lagi sebuah lagu turut dinyanyikan iaitu Nyalakan Tekad. Menteri  Besar juga telah menyampaikan ucaptamanya pada majlis Kibar Jalur Gemilang tersebut. Tidak ketinggalan juga orang ramai juga turut mendengar ucapan dari YB, Dato Saarani bin Mohamad Pengerusi Jawatankuasa Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak 2014.

Setelah selesai mendengar ucapan-ucapan dari VVIP tiba masanya pengunjung di pratontonkan dengan Gimik Pelancaran dengan diiringi lagu Jalur Gemilang. Setelah Gimik di jalankan, YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan menyampaikan Jalur Gemilang kepada wakil Pegawai Daerah, Yang Dipertua Perbandaran. Sesudahnya selesai penyampaian jalur gemilang, penyampaian cendermata kepada Jemputan. Selepas itu YAB Menteri Besar Perak melepaskan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG). Akhirnya selesai sudah Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak yang selesai hampir jam 12.00 malam. Sangat-sangat meriah sekali majlis tersebut yang disambut baik oleh penduduk Teluk Intan, walaupun esoknya hari berkerja.
Orang ramai membanjiri dibawah khemah yang disediakan


Sunday, 17 August 2014

HARI POTENSI KEMAS DAERAH HILIR PERAK

 
Kumpulan Nasyid
Pada 14/8/2014 telah berlangsungnya satu majlis yang diberi nama Hari Potensi iaitu sukan kanak-kanak tabika Kemas. Tahun ini melibatkan semua acara in door berbanding tahun lepas merupakan acara out door. Seperti mana yang kita ketahui peserta yang mendapat johan secara automatiknya akan mewakili peringkat zone dan bertanding di Daerah Tanjung Malim pada 21/8/2014.
                                                            Kumpulan Reka Cipta
Peringkat daerah ini berlangsung didewan besar Sungai Sumun Bagan Datoh. Acara dipertandingkan pada hari itu seperti, bercerita,tilawah al-quran,tarian,story talling,reka cipta,pidato dan nasyid. Kesemua acara demikian terbahagi kepada 2 iaitu lelaki dan perempuan, hebat-hebat belaka adik-adik ini bertanding, semangat yang macam ini lah yang kita inginkan kepada kanak-kanak tabika ini. Mereka ini akan di uruskan oleh gurunya sendiri, malah ada ibu bapa yang hadir turut membantu menyiapkan anak-anak.
                                                        Tilawah Al-Quran Perempuan
Hari Potensi daerah Hilir Perak ini melibatkan hanya 2 Parlimen sahaja iaitu Parlimen Teluk Intan dan Bagan Datoh. Selain itu juga juri atau hakim pertandingan kebanyakannya merupakan orang Kemas juga, selebihnya itu barulah dipanggil dari luar. Pertandingan tersebut bermula pada jam 9.00 pagi dan selesai lebih kurang pukul 1.00 petang. Setelah selesai bertanding Parlimen Teluk Intan menang dalam 4 acara dan akan di bawa ke pertandingan peringkat zone pula di Tanjung Malim pada 21/8/2014. Acara penutupan majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Kemas Daerah yang baharu iaitu En Azril yang telah bertukar dari Kemas Negeri.
Bercerita Lelaki
Bercerita Perempuan
Pegawai Kemas Daerah dan Penyelia Kanan
Teluk Intan
Kumpulan Kompang
Kumpulan Kompang






Thursday, 19 June 2014

KOSPEN HILIR PERAK











Pada 19/4/2014 bertempat di Dewan Rumah Rehat Teluk Intan telah berlangsungnya kursus KOSPEN. Kursus tersebut berlangsung selama satu hari sahaja dimana bermulanya jam 8.00pg sehingga jam 5.00ptg. Kehadiran yang hadir amat memuaskan kerana ianya melibatkan anggota KEMAS, JKKK dan anggota sukarelawan.

Program KOSPEN ini merupakan anjuran dari Kementerian Kesihatan, dan  melibatkan kerjasama dari Jabatan Kemas Teluk Intan, Bagan Datoh dan Kemas Pasir Salak. Perasmian kursus ini buat oleh Pegawai Kesihatan Daerah Hilir Perak. Tujuan kursus di laksanakan bagi memberi ceramah mengenai kesihatan badan dan latihan asas kepada anggota sukarelawan supaya dipratikkan apabila berada di kampung masing-masing. Di Parlimen Teluk Intan sahaja melibatkan 8 buah kampung dibawah selian Kemas bagi melaksanakan program KOSPEN ini sehingga 2016 secara berperingkat-peringkat.

Selain itu anggota sukarelawan telah di ajar oleh petugas Kementerian Kesihatan Hilir Perak bagaimana
cara-cara untuk membuat semakkan kesihatan terhadap penduduk kampung. Kemas Teluk Intan juga telah menghantar tidak kurang 10 orang anggotanya untuk bertugas sebagai anggota sukarelawan KOSPEN. Perlaksanaan program KOSPEN ini amat baik buat penduduk kampung kerana tidak semuanya penduduk akan pergi ke klinik kesihatan atau hospital bagi membuat semakkan kesihatan badan, dengan adanya program KOSPEN ini penduduk kampung boleh lebih kerap membuat semakkan kesihatan

Monday, 16 June 2014

LAWATAN PM KE TELUK INTAN DAN TERUS MERASMIKAN PROJEK HOME PRIMA

Pada 14 April 2014 Pelancaran Rumah Prima bagi Parlimen Teluk Intan telah berlangsung  di perkarangan dataran Menara Condong Teluk Intan. Perasmian tersebut dirasmi kan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Pelbagai inisiantif telah beliau umukan bagi pembangunan Teluk Intan termasuk pembinaan 5,000 unit rumah di bwah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) serta penubuhan cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Penduduk Teluk Intan
Sebagai memenuhi manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi projek pembangunan di kawasan berkenaan. Kehadiran orang ramai membanjiri Dataran Menara Condong hampir melebihi 10,000 orang untuk menyaksikan pelancaran Rumah PR1MA tersebut
Perdana Menteri bersalaman dengan rakyat Teluk Intan
Kerajaan yang berpegang kepada falsafah dan prinsip bahawa Kerajaan menepati janji dan membawa harapan kepada penduduk kawasan ini", katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Rakyat dan pelancaran PR1MA Teluk Intan di sini.
Sebahagian anggota KEMAS Teluk Intan dan Wanita UMNO Teluk Intan
Bagi projek PR1MA, Datuk Seri Najib berkata sebagai permulaan, sebanyak 1,000 unit rumah akan dibina di kawasan itu. Projek PR1MA Teluk Intan secara keseluruhannya melibatkan kawasan seluas 202 hektar
Turut hadir Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Sri Zaid Hamidi

Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahli Parlimen Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong menikmati 'nasi bungkus 'Selepas pelancaran Projek PR1MA sempena program PM bersama rakyat di Dataran Meara Condong


Sunday, 15 June 2014

PROGRAM BELIA FIESTA TELUK INTAN


Pada 4 April  2014 bertempat di Sekolah Rendah Seri Kandi Teluk Intan telah berlangsung Program Belia Fiesta Teluk Intan. Majlis ini yang telah dirasmi kan oleh YB Adun Changkat Jong Dato' Azahar Bin Jamaluddin.

Majlis ini dimulakan dengan acara perbarisan unit beruniform yang membawa bendera Malaysia dan Perak. Selain itu program ini juga telah menarik minat ramai belia di sekitar Teluk Intan ini. Di sebelah petang berlangsungnya program autoshow motor antik.

Program ini telah berjaya menarik minat  lebih 1000 orang masyarakat setempat dan bukan sahaja golongan belia tetapi juga dapat mengumpulkan pelbagai kaum di Teluk Intan.

Antara motosikal yang menyertai pertunjukan autoshow

Monday, 28 April 2014

PROGRAM SANTAI JR UMNO TELUK INTAN BERSAMA YB ADUN CHANGKAT JONG



Pada tanggal 20/4/2014 satu program Santai telah disusun atur oleh JR UMNO Teluk Intan yang berlansung di Teluk Batik Lumut. Kehadiran yang datang meraikan program tersebut sekitar 400 orang untuk memeriahkannya lagi. Program Santai itu bermula pada jam 10 pagi dan ianya hanya memakan masa satu hari sahaja. Untuk meriahkan majlis ketibaan YB Dato Azhar Bin Jamaluddin merangkap ahli undangan Dun Changkat Jong, turut bersama keluarganya.


Program ini juga diadakan sempena meraikan kesyukuran YB dianugerahkan pangkat Dato setelah kemenangan beliau di Dun Changkat jong. Selain dari itu pelbagai aktiviti telah di adakan sempena program Santai tersebut. Purata JR UMNO Teluk Intan ini terdiri daripada anggota Jabatan Kemas Teluk Intan.
Program ini membuatkan ikatan silahtuhrahim antara mereka lebih kuat lagi, selain itu juga ianya turut meraikan JR-JR UMNO Teluk Intan setelah penat mereka memerah kudrat bagi memastikan bumi Changkat Jong berada di tangan pihak kerajaan.