Monday 16 June 2014

LAWATAN PM KE TELUK INTAN DAN TERUS MERASMIKAN PROJEK HOME PRIMA

Pada 14 April 2014 Pelancaran Rumah Prima bagi Parlimen Teluk Intan telah berlangsung  di perkarangan dataran Menara Condong Teluk Intan. Perasmian tersebut dirasmi kan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Pelbagai inisiantif telah beliau umukan bagi pembangunan Teluk Intan termasuk pembinaan 5,000 unit rumah di bwah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) serta penubuhan cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Penduduk Teluk Intan
Sebagai memenuhi manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi projek pembangunan di kawasan berkenaan. Kehadiran orang ramai membanjiri Dataran Menara Condong hampir melebihi 10,000 orang untuk menyaksikan pelancaran Rumah PR1MA tersebut
Perdana Menteri bersalaman dengan rakyat Teluk Intan
Kerajaan yang berpegang kepada falsafah dan prinsip bahawa Kerajaan menepati janji dan membawa harapan kepada penduduk kawasan ini", katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Rakyat dan pelancaran PR1MA Teluk Intan di sini.
Sebahagian anggota KEMAS Teluk Intan dan Wanita UMNO Teluk Intan
Bagi projek PR1MA, Datuk Seri Najib berkata sebagai permulaan, sebanyak 1,000 unit rumah akan dibina di kawasan itu. Projek PR1MA Teluk Intan secara keseluruhannya melibatkan kawasan seluas 202 hektar
Turut hadir Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Sri Zaid Hamidi

Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahli Parlimen Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong menikmati 'nasi bungkus 'Selepas pelancaran Projek PR1MA sempena program PM bersama rakyat di Dataran Meara Condong


No comments:

Post a Comment