Wednesday 9 April 2014

PERHIMPUNAN BULANAN BANGUNAN PERSEKUTUAN TELUK INTAN

                                                        ( bahagian Pendaftaran)

Satu perhimpunan bulan pagi telah diadakan di perkarangan tempat letak keret Bangunan Persekutuan Teluk Intan bagi sesi bulan April. Perhimpunan tersebut diadakan pada tarikh 2/4/2014 yang melibatkan seluruh agnsi yang berada di Bangunan Persekutuan ini dan di mulakan pada sekitar jam 8.30 pg, kehadiran yang turun berbaris dianggarkan seramai 50 orang. Perhimpunan pagi ini ianya bukan pertama kali diadakan malah sudah masuk bulan yang ke -4. Menariknya pada bulan April 2014 ini Jabatan KEMAS Teluk Intan diberi mandat dan tanggungjawab bagi menguruskan majlis tersebut.

                                   (Barisan Kakitangan Awam Pelbagai Agensi)

Majlis tersebut diadakan bagi mengeratan lagi hubungan di antara penjawat-penjawat awam dari pelbagai agensi yang berada di Bangunan Persekutuan ini. Majlis tersebut di pengerusikan oleh kakitangan KEMAS sendiri iaitu En Abdu Malek Osman selaku Penyelia Pelbagai Jurusan KEMAS Teluk Intan. Bagi aturcara majlis tersebut KEMAS diminta untuk tampil ke hadapan bagi menerangkan atau menceritakan serba sedikit mengenai Jabatan KEMAS ini.
                                        (Pengerusi Majlis En Abdul Malek Osman)

Selain dari itu perjalanan majis ini diserikan lagi dengan penghargaan memberi cenderhati kepada kakitangan Bangunan Persekutuan yang lahir pada bulan April. Cenderhati tersebut juga telah disediakan oleh KEMAS sendiri. Kesimpulannya perhimpunan pagi pada setiap bulan ini amat begitu bererti kepada seluruh warga Bangunan Persekutuan ini, kerana dapat mengenali serba sedikit mengenai agensi-agensi dan peranannya dan dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.