Monday 18 August 2014

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG 2014 PERINGKAT NEGERI PERAK DI DATARAN MENARA CONDONG TELUK INTAN

Pengarah Kemas Perak bersama Pegawai Daerah Kemas Teluk Intan
Assalamualaikum,selamat pagi, salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Sepertimana yang kita ketahui bulan ini adalah bulan kemerdekaan, sudah semestinya bagi kita semua rakyat Malaysia ingin menyambut kemerdekaan yang ke-57. Pada tahun 2014 ini Pelancaran Bulan Kemerdekaan Dan Kibar Jalur Gemilang  Peringkat Negeri Perak telah di adakan di bumi Teluk Intan iaitu daerah Hilir Perak

Program Pelancaran tersebut telah diadakan pada hari ahad iaitu 17/8/2014 bertempat di dataran Menara Condong. Aturcara majlis bermula pukul 6.30 petang dengan ketibaan lebih kurang 10,000 orang ramai  membanjiri dataran Menara Condong. Tidak lupa juga kewajibpan seorang Muslim menunaikan solat Mahgrib berjemaah di Masjid baru Teluk Intan dan Masjid lama. Setelah selesainya solat Mahgrib pukul 8 ketibaan Jemputan VVIP.
Pengarah Kemas Negeri Perak bersama Anggota Kemas Teluk Intan
Kemeriahan majlis tersebut disertai oleh anggota Kemas sendiri yang datang dari 3 Parlimen, dengan mengenakan seragam tradisi Jabatan Kemas iaitu berwarna merah memang menampakkan lagi kemeriahan majlis tersebut. Dengan memeriahkan lagi majlis ketibaannya konvoi pelbagai kenderaan seperti motor besar, motor kapcai dan kereta. Tepatnya jam 9.00 malam ketibaan YAB, Dato 'Seri DiRaja Dr. Zambry b Abd Kadir Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Selepas itu lagu Negaraku dan Disini Lahirnya Sebuah Cinta di mainkan pada malam itu. Selain itu juga untuk menaikkan semangat lagi sebuah lagu turut dinyanyikan iaitu Nyalakan Tekad. Menteri  Besar juga telah menyampaikan ucaptamanya pada majlis Kibar Jalur Gemilang tersebut. Tidak ketinggalan juga orang ramai juga turut mendengar ucapan dari YB, Dato Saarani bin Mohamad Pengerusi Jawatankuasa Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak 2014.

Setelah selesai mendengar ucapan-ucapan dari VVIP tiba masanya pengunjung di pratontonkan dengan Gimik Pelancaran dengan diiringi lagu Jalur Gemilang. Setelah Gimik di jalankan, YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan menyampaikan Jalur Gemilang kepada wakil Pegawai Daerah, Yang Dipertua Perbandaran. Sesudahnya selesai penyampaian jalur gemilang, penyampaian cendermata kepada Jemputan. Selepas itu YAB Menteri Besar Perak melepaskan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG). Akhirnya selesai sudah Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak yang selesai hampir jam 12.00 malam. Sangat-sangat meriah sekali majlis tersebut yang disambut baik oleh penduduk Teluk Intan, walaupun esoknya hari berkerja.
Orang ramai membanjiri dibawah khemah yang disediakan


No comments:

Post a Comment