Thursday 19 June 2014

KOSPEN HILIR PERAK











Pada 19/4/2014 bertempat di Dewan Rumah Rehat Teluk Intan telah berlangsungnya kursus KOSPEN. Kursus tersebut berlangsung selama satu hari sahaja dimana bermulanya jam 8.00pg sehingga jam 5.00ptg. Kehadiran yang hadir amat memuaskan kerana ianya melibatkan anggota KEMAS, JKKK dan anggota sukarelawan.

Program KOSPEN ini merupakan anjuran dari Kementerian Kesihatan, dan  melibatkan kerjasama dari Jabatan Kemas Teluk Intan, Bagan Datoh dan Kemas Pasir Salak. Perasmian kursus ini buat oleh Pegawai Kesihatan Daerah Hilir Perak. Tujuan kursus di laksanakan bagi memberi ceramah mengenai kesihatan badan dan latihan asas kepada anggota sukarelawan supaya dipratikkan apabila berada di kampung masing-masing. Di Parlimen Teluk Intan sahaja melibatkan 8 buah kampung dibawah selian Kemas bagi melaksanakan program KOSPEN ini sehingga 2016 secara berperingkat-peringkat.

Selain itu anggota sukarelawan telah di ajar oleh petugas Kementerian Kesihatan Hilir Perak bagaimana
cara-cara untuk membuat semakkan kesihatan terhadap penduduk kampung. Kemas Teluk Intan juga telah menghantar tidak kurang 10 orang anggotanya untuk bertugas sebagai anggota sukarelawan KOSPEN. Perlaksanaan program KOSPEN ini amat baik buat penduduk kampung kerana tidak semuanya penduduk akan pergi ke klinik kesihatan atau hospital bagi membuat semakkan kesihatan badan, dengan adanya program KOSPEN ini penduduk kampung boleh lebih kerap membuat semakkan kesihatan

Monday 16 June 2014

LAWATAN PM KE TELUK INTAN DAN TERUS MERASMIKAN PROJEK HOME PRIMA

Pada 14 April 2014 Pelancaran Rumah Prima bagi Parlimen Teluk Intan telah berlangsung  di perkarangan dataran Menara Condong Teluk Intan. Perasmian tersebut dirasmi kan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Pelbagai inisiantif telah beliau umukan bagi pembangunan Teluk Intan termasuk pembinaan 5,000 unit rumah di bwah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) serta penubuhan cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Penduduk Teluk Intan
Sebagai memenuhi manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi projek pembangunan di kawasan berkenaan. Kehadiran orang ramai membanjiri Dataran Menara Condong hampir melebihi 10,000 orang untuk menyaksikan pelancaran Rumah PR1MA tersebut
Perdana Menteri bersalaman dengan rakyat Teluk Intan
Kerajaan yang berpegang kepada falsafah dan prinsip bahawa Kerajaan menepati janji dan membawa harapan kepada penduduk kawasan ini", katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Rakyat dan pelancaran PR1MA Teluk Intan di sini.
Sebahagian anggota KEMAS Teluk Intan dan Wanita UMNO Teluk Intan
Bagi projek PR1MA, Datuk Seri Najib berkata sebagai permulaan, sebanyak 1,000 unit rumah akan dibina di kawasan itu. Projek PR1MA Teluk Intan secara keseluruhannya melibatkan kawasan seluas 202 hektar
Turut hadir Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Sri Zaid Hamidi

Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahli Parlimen Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong menikmati 'nasi bungkus 'Selepas pelancaran Projek PR1MA sempena program PM bersama rakyat di Dataran Meara Condong


Sunday 15 June 2014

PROGRAM BELIA FIESTA TELUK INTAN


Pada 4 April  2014 bertempat di Sekolah Rendah Seri Kandi Teluk Intan telah berlangsung Program Belia Fiesta Teluk Intan. Majlis ini yang telah dirasmi kan oleh YB Adun Changkat Jong Dato' Azahar Bin Jamaluddin.

Majlis ini dimulakan dengan acara perbarisan unit beruniform yang membawa bendera Malaysia dan Perak. Selain itu program ini juga telah menarik minat ramai belia di sekitar Teluk Intan ini. Di sebelah petang berlangsungnya program autoshow motor antik.

Program ini telah berjaya menarik minat  lebih 1000 orang masyarakat setempat dan bukan sahaja golongan belia tetapi juga dapat mengumpulkan pelbagai kaum di Teluk Intan.

Antara motosikal yang menyertai pertunjukan autoshow