Thursday 19 June 2014

KOSPEN HILIR PERAK











Pada 19/4/2014 bertempat di Dewan Rumah Rehat Teluk Intan telah berlangsungnya kursus KOSPEN. Kursus tersebut berlangsung selama satu hari sahaja dimana bermulanya jam 8.00pg sehingga jam 5.00ptg. Kehadiran yang hadir amat memuaskan kerana ianya melibatkan anggota KEMAS, JKKK dan anggota sukarelawan.

Program KOSPEN ini merupakan anjuran dari Kementerian Kesihatan, dan  melibatkan kerjasama dari Jabatan Kemas Teluk Intan, Bagan Datoh dan Kemas Pasir Salak. Perasmian kursus ini buat oleh Pegawai Kesihatan Daerah Hilir Perak. Tujuan kursus di laksanakan bagi memberi ceramah mengenai kesihatan badan dan latihan asas kepada anggota sukarelawan supaya dipratikkan apabila berada di kampung masing-masing. Di Parlimen Teluk Intan sahaja melibatkan 8 buah kampung dibawah selian Kemas bagi melaksanakan program KOSPEN ini sehingga 2016 secara berperingkat-peringkat.

Selain itu anggota sukarelawan telah di ajar oleh petugas Kementerian Kesihatan Hilir Perak bagaimana
cara-cara untuk membuat semakkan kesihatan terhadap penduduk kampung. Kemas Teluk Intan juga telah menghantar tidak kurang 10 orang anggotanya untuk bertugas sebagai anggota sukarelawan KOSPEN. Perlaksanaan program KOSPEN ini amat baik buat penduduk kampung kerana tidak semuanya penduduk akan pergi ke klinik kesihatan atau hospital bagi membuat semakkan kesihatan badan, dengan adanya program KOSPEN ini penduduk kampung boleh lebih kerap membuat semakkan kesihatan

No comments:

Post a Comment