Monday 13 October 2014

BACAAN YASSIN DAN TAHLIL ARWAH HAJI ABDUL KADIR B MUHAMMAD BAPA KEPADA MENTERI BESAR PERAK DATUK SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR

En Abdul Malek Osman mengetuai Tahlil dan bacaan Yassin
- Teluk Intan 14 Oktober 2014 Kakitangan pejabat Kemas Teluk Intan telah mengadakan satu majlis bacaan yassin dan tahlil , setelah mendapat berita bahawa pemergian Abdul Kadir B Muhammad , bapa Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Arwah difahami meninggal dunia pada pukul 1.10 pagi tadi di Hospital Desa Pangkor, Pulau Pangkor akibat serangan jantung.
Penyelia Kanan Kemas Teluk Intan Turut Sertai Majlis Bacaan Yassin Dan Tahlil
Oleh itu pada pukul 11.00 pagi tadi kami warga pejabat Kemas Teluk Intan telah membuat satu majlis bacaan yassin dan tahlil buat arwah Haji Abdul Kadir b Muhammad. Majlis tersebut di ketuai oleh En Abdul Malek b Osman Penyelia Pelbagai Jurusan 3P Kemas Teluk Intan.
Warga Pejabat Kemas Teluk Intan Mengaminkan Doa yang Dibaca En Abdul Malek Osman
Sementara itu kami warga Kemas Teluk Intan ingin mengucapkan Takziah ke atas pemergian bapa kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry B Abdul Kadir

MESYUARAT JKPP PARLIMEN TELUK INTAN

Duduk dari tengah Tn Pengerusi Pn Zainun Bt Ahmad
Teluk Intan 13 Oktober 2014 semalam satu mesyuarat JKPP bil.3 peringkat Parlimen Teluk Intan. Mesyuarat diadakan di pejabat Kemas Teluk Intan dan Kehadiran yang datang adalah kesemua pemaju-pemaju masyarakat pelbagai jurusan dan penyelia.
Pemaju-pemaju Masyarakat Pelbagai Jurusan
Mesyuarat  bermulanya pada jam 2.30 petang dan di Pengerusikan oleh Puan Zainun Bt Ahmad Penyelia Kanan Kemas Teluk Intan. Sepertimana yang di amanatkan oleh Tuan Pengarah Kemas Perak, sebelum bermulanya mesyuarat cabutan undi dibuat bagi memilih secara adil dan rawak untuk pemaju-pemaju masyarakat membuat pengucapan awam. Tetapi kali ini Tn Pengerusi memberi sedikit kelonggaran pemaju-pemaju masyarakat dengan pilihan tajuk bebas.
Salah Seorang Pemaju Masyarakat Tabika Membuat Pengucapan Awam
Tujuan dibuat begitu supaya pemaju-pemaju masyarakat ini sentiasa bersedia dan memahami isu-isu semasa yang sedang hangat diperkatakan buat masa sekarang, agar berani menjawab balik dengan kebenaran.
Barisan Penyelia Pelbagai Jurusan Dihadapan


Sunday 12 October 2014

PERASMIAN DAN PELANCARAN PROGRAM KOSPEN PERINGKAT NEGERI PERAK 2014

Barisan Tetamu Terhormat
YB Dato Mohd Azhar B Jamaluddin

Pada 11/10/2014 yang lalu satu majlis Perasmian Dan Pelancaran Program Kospen Peringkat Negeri Perak 2014 telah diadakan di dewan rumah rehat Teluk Intan. Majlis ini melibatkan peserta sukarelawan Kemas dan wakil Klinik Kesihatan di setiap Daerah. Manakala Jabatan Kesihatan Daerah Hilir Perak merupakan urusetia anjuran tersebut.
Penyampai sijil kepada wakil sukarelawan Kemas
Barisan Wakil Penerima Sijil bersama YB ADUN Changkat Jong dan
Pengarah Kemas Perak
Program Kospen ini melibatkan kerjasama antara Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemas, ianya merupakan program julung-julung kali diadakan bersama dan melibatkan orang kampung. Orang ramai sudah membanjiri dewan rumah rehat pada jam 9.00 pagi lagi untuk sesi pendaftaran. Majlis tersebut dimulakan pada 10.00 pagi dengan ketibaan tetamu terhormat YB Dato Mohd Azhar b Jamaluddin Ahli Undangan Negeri Dun Changkat Jong yang disambut oleh Pengarah Kemas Negeri Perak En Ahmad Kamal Idris b Hj Nawawi.
Gimik Pelancaran Kospen Peringkat Negeri Perak 2014
YB ADUN Changkat Jong di sambut oleh
Pengarah Kemas Negeri Perak
 Majlis diteruskan dengan ucapan Alu-aluan dari dari Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Perak lalu menceritakan serba sedikit perlaksanaan Program Kospen ini. Seterusnya tanpa membuang masa YB Dato Mohd Azhar b Jamaluddin ADUN Changkat Jong dijemput untuk memberikan ucapan dan merasmikan Pelancaran Program Kospen Peringkat Negeri Perak 2014 ini. Setelah selesai upacara Perasmian , YB Dato Mohd Azahar b Jamaluddin dijemput sekali lagi naik ke pentas utama diiringi Pegarah Kemas Perak dan barisan tetamu yang lain untuk upacara penyampaian sijil kepada wakil sukarelawan dan wakil Jabatan Kesihatan mengikut setiap daerah.
Pegawai Kemas Hilir Perak bersama Penolong Pengarah Kemas
Unit Operasi 2
Barisan Penyelia-penyelia Kanan setiap Parlimen
Setelah selesai YB Dato Mohd Azhar dibawa melawat ke bilik pameran yang telah disediakan oleh kesemua Pejabat kesihatan di setiap daerah. Tujuan pameran tersebut untuk memberikan serba sedikit maklumat pencegahan penyakit dan penjagaannya seperti edaran risalah-risalah, buku-buku penjagaan kesihatan, poster-poster dan selain itu juga boleh membuat pemeriksaan kesihatan seperti darah tinggi , BMI ,Cardivaskular dan diabetes.

Dari kanan Pengarah Kemas Perak En Kamal Idris B Hj Nawawi