Thursday 9 October 2014

MESYUARAT JKPP PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK


Assalamualaikum..

- Teluk Intan di pagi Jumaat yang mulia ini satu Mesyuarat JKPP peringkat Daerah Hilir Perak telah diadakan di pejabat Kemas Teluk Intan. Mesyuarat ini melibatkan  dua Parlimen iaitu, Teluk Intan dan Bagan Datoh. Mesyuarat bermula pada pukul 9.30 pagi, yang diketuai oleh Pegawai Kemas Daerah En Azril Yazan b Shamsuddin, barisan Penyelia kanan dan Penyelia-Penyelia Pelbagai Jurusan.
Pegawai Kemas Daerah Hilir Perak
Untuk makluman ini merupakan Mesyuarat JKPP peringkat Daerah Hilir Perak yang pertama kali buat En Azril Yazan kerana beliau merupakan Pegawai Kemas Daerah yang  baru  bagi Hilir Perak ,
, yang menggantikan tempat Pn Zafina bt Sulaiman yang bertukar kenaikan pangkat ke Kemas Putrajaya.
Oleh itu kami di Daerah Hilir Perak mengalu-alu kan En Azril Yazan dan akan memberi kerjasama yang baik agar Hilir Perak akan lebih komited dan selari dengan pucuk pimpinan Kemas di atas.


Wednesday 8 October 2014

PERHIMPUNAN BULANAN BANGUNAN PERSEKUTUAN TELUK INTAN BAGI BULAN OKTOBER 2014

Barisan  Agensi-agensi Kerajaan di Banguan Persekutuan
- Teluk Intan 9/10/2014 satu perhimpunan bulanan bagi bangunan Persekutuan Teluk Intan telah diadakan di tempat letak kenderaan blok B. Oleh itu kesemua 12 Jabatan yang ada di bangunan ini turun untuk menghadiri perhimpunan pagi ini.
Barisan anggota Jabatan Perpaduan  Daerah Hilir Perak
Perhimpunan bulanan ini memang akan diadakan pada setiap bulan, manakala bulan Oktober ini tibanya giliran Jabataan Perpaduan Daerah Hilir Perak pula yang diberi mandat untuk mengetuai perhimpunan pada pagi ini. Semestinya anda ingin tahu apa yang saya maksudkan dengan mandat itu., Seperti bulan yang lepas-lepas Jabatan yang terpilih untuk mengetuai perhimpunan bulanan ini perlu menyediakan perkara-perkara asas seperti berikut pendaftaran kehadiran, pengerusi majlis,pembaca doa dan wakil  bercakap dihadapan bercerita serba sedikit tentang fungsi Jabatan.
Ucapan dari Ketua Jabatan Perpaduan Daerah Hilir Perak
Aturcara majlis di mulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Bangunan Persekutuan En Khairul Anuar b Haji Sulaiman, disusuli dengan bacaan doa dari wakil Jabatan Perpaduan Daerah Hilir Perak dan nyayian lagu Negaraku. Untuk memeriahkan lagi majlis perhimpunan bulanan ini, pihak Jabatan Perpaduan telah menyediakan kek dan cenderhati kepada mereka yang lahir pada bulan Oktober.
Upacara memotong kek yang lahir pada bulan Oktober
 Bagi penyampaian cenderhati kepada penerima yang lahir pada bulan Oktober Ketua Jabatan Perpaduan Daerah Hilir Perak dijemput untuk menyampaikannya. Oleh yang demikian selesai lah sudah majlis perhimpunan bulanan ini, sebelum beredar Ketua-ketua Jabatan diminta untuk menikmati jamuan makan pagi yang disediakan oleh Jabatan Perpaduan.

MAJLIS IBADAH KORBAN BANGUNAN PERSEKUTUAN TELUK INTAN



Teluk Intan, 8/10/2014 tepat jam 8.30 pagi bertempat di bangunan persekutuan blok b telah berlangsung majlis sambutan Hari Raya Korban kepada semua warga Bangunan Persekutan Teluk Intan ini. Majlis ibadah korban ini di ketuai oleh , En Khairul Anuar b Haji Sulaiman Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan, Penyelengaraan Bangunan Persekutuan Teluk Intan.
Majlis ini telah dianjurkan oleh Pihak Pengurusan Bangunan Persekutun Teluk Intan. Selain itu Ahli Undangan Negeri Dun Changkat Jong Yb Datuk Azhar B Jamaluddin telah menyumbangkan seekor lembu untuk dikorbankan, dagingnya telah diagihkan kepada semua kakitangan di bangunan persekutuan ini.
Daging korban tersebut dipotong-potong dibungkus dan setiap seorang mendapat satu kilo daging, kerja-kerja tersebut dilakukan oleh warga bangunan persekutuan sendiri. Bagi kerja-kerja menghiris daging dan membungkus telah dilakukan oleh Pemaju Masyarakat Kemas Unit (BPM).En Khairul Anuar b Haji Sulaiman sebagai Pengerusi Bangunan Persekutuan Teluk Intan telah mengantikan Yb Datuk Mohd Azhar b Jamaluddin untuk menyampaikan daging yang telah siap dibungkus kepada setiap seorang kerana Yb Datuk Azhar tidak dapat hadir pada pagi ini.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PELATIH PLKN KEM NILAM EHSAN BIDOR DI TABIKA KEMAS BAGAN LALANG TELUK INTAN

Barisan Pelatih PLKN Kem Nilam Ehsan Bidor
- Teluk Intan 27 September 2014 yang lalu telah diadakan satu Program Khidmat Masyarakat Pelatih Kem PLKN Ehsan Bidor di Tabika Kemas Bagan Lalang Teluk Intan. Program tersebut melibatkan orang-orang kampung tempatan dan pelatih-pelatih PLKN.
Mengecat dinding Tabika Kemas Bagan Lalang
Peserta yang hadir amat memuaskan, kerana hampir 200 orang yang hadir bagi menjayakan program ini. Tepat jam 8.30 pagi para peserta diberi taklimat oleh Ketua kampung Bagan Lalang untuk diagihkan tugas-tugas yang perlu dibuat. Ianya bukan sahaja melibatkan Tabika Kemas Bagan Lalang sahaja, malah keseluruhan kampung sepertinya, sekolah agama, klinik, masjid, dan sebagainya.
Peserta menjamu selera
Sesudah diberi taklimat daripada Ketua kampung para peserta mula lah bergerak ke kawasan-kawasan yang di tugaskan untuk dibersihkan dan membuat pembaikan pulih. Aktiviti berhenti sekitar jam 12.30 tengahari, setelah selesai makan tengahari lebih kurang 2.00 petang maka selesai lah sudah Program Khidmat Masyarakat bersama pelatih PLKN Kem Nilam Ehsan Bidor.
Semangat ank-anak muda membersihkan Surau

Monday 6 October 2014

JAMUAN PERPISAHAN PERSARAAN PENYELIA PRA SEKOLAH KEMAS TELUK INTAN

Assalamualaikum dan selamat pagi, ketika ini bumi Teluk Intan dituruni hujan rahmat dari Allah s.w.t. Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tinggal dan selamat bersara kepada bekas Penyelia Pra Sekolah Kemas Teluk Intan Puan Saadiah bt Abdullah. Beliau bersara pada tarikh 27.8.2014 ketika umur beliau 60 tahun, dan jasa beliau di dalam Kemas Teluk Intan ini sudah hampir 30 tahun. Kami di sini amat terasa dengan ketiadaan beliau, tapi bak kata orang kita kena akurlah dengan perkeliling yang telah di tetapkan oleh kerajaan had umur persaraan kakitangan kerajaan.
Puan Saadiah bersama Kakitangan Kemas Teluk Intan
Sambutan hari perpisahan diadakan 26.8.2014 sehari sebelum tarikh beliau bersara, majlis tersebut diadakan di dewan rumah rehat Teluk Intan. Selain dari majlis perpisahan, Kemas Teluk Intan juga meraikan majlis jamuan raya. Majlis tersebut diserikan lagi dengan para tetamu dari wakil Adun Changkat Jong, Penghulu Mukim, Ketua-ketua kampung dan tidak lupa juga wakil dari pejabat Kemas Negeri.
Pengarah Kemas Perak memberikan sumbangan cenderhati kepada Pn Saadiah
Penghormatan terakhir kepada Puan Saadiah bt Abdullah turut di berikan oleh Pengarah Kemas Negeri Perak En Ahmad Kamal Idris bin Hj Nawawi sendiri. Secara kebetulan hari majlis itu berlangsung Puan Saadiah menyambut hari lahir beliau yang ke 60 tahun. Sesungguhnya kesedihan memang terpancar dari  raut wajah beliau untuk meninggalkan Kemas Teluk Intan, begitu juga kami di Kemas Teluk Intan ini, kerana kami seperti satu keluarga yang rapat. Akhir sekali semoga Allah memberikan kesihatan yang sihat,di panjangkan umur dan bahagia selalu di samping keluarga tercinta.
Upacara memotong kek hari lahir Pn Saadiah