Monday 19 October 2015

LATIHAN KEBAKARAN TAHUNAN BANGUNAN PERSEKUTUAN

Teluk Intan - 8/10/2015 satu latihan kebakaran telah diadakan pada waktu pagi jam 10, kesemua warga Bangunan Persekutuan di minta untuk memberi kerjasama bagi menjayakan latihan kebakaran ini. Kerana latihan ini mempunyai markah penilaian yang akan di berikan oleh Agensi Bomba.



Oleh itu kesemua yang berada di dalam kawan bangunan di minta berkumpul di padang Speedy berhadapan dengan bangunan persekutuan. Semasa berkumpul ketua Jabatan Bomba Teluk Intan telah menerangkan serba sedikit tentang langkah -langkah keselamatan sekiranya ada kejadian yang tidak di ingini berlaku.



Sementara itu pihak Bomba juga membuat satu latihan memadam api menggunakan 3 kaedah cara yang menggunakan alat pemadam api yang sedia ada di dalam bangunan.

Wednesday 30 September 2015

HARI KELUARGA "KENDURI KITA"

Teluk Intan - 25/9/2015 satu program Hari Keluarga "Kenduri Kita" telah diadakan di Tabika Karentina Batak Rabit Sempena Hari Raya Aidil Adha. Program ini melibatkan anggota Kemas dan MPWK Parlimen Teluk Intan. Turut hadir sama Pegawai Kemas Daerah Hilir Perak En Azril Yazan b Samsuddin.





Aturcara majlis bermula pada pukul 8.30 pagi dengan menyembelih dan melapah seekor lembu. Lembu tersebut sumbangan daripada Yb Dato Mohd Azhar b Jamaluddin Adun Changkat Jong dan Program ini di rasmikan oleh beliau sendiri. Setelah selesai menyembelih pihak perempuan bergotong royong untuk melapah daging-daging tersebut bagi di agih-agih kan kepada para peserta yang hadir.









Sunday 20 September 2015

KURSUS KEPIMPINAN

Teluk Intan - 12/9/2015 di Dewan rumah rehat telah berlangsung nya satu Program Kursus Kepimpinan  kerjasama antara Wanita Umno bahagian Teluk Intan dan Kemas. Kehadiran peserta hampir 70 orang yang hadir dan kursus ini mengambil masa dari  9.00 pg sehingga 3.00 ptg,
Turut hadir Yb Dato Mohd Azhar b Jamaluddin ADUN Changkat Jong bagi merasmikan perasmian Penutup Kursus Kepimpinan ini. Dan tidak lupa juga Pn Zainun bt Ahmad Ketua Wanita Umno bahagian merangkap Penyelia Kanan Kawasan Kemas Parlimen Teluk Intan turut hadir sama,













Monday 31 August 2015

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2015

Teluk Intan - 31/8/2015 Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Parlimen Teluk Intan diadakan di Padang Awam Taman Katerina Batak Rabit. Sebanyak 26 buah Tabika mengambil bahagian dalam acara perbarisan pada petang itu.

Program telah dirasmikan oleh YB Dato Azhar Bin Jamalludin ADUN Changkat Jong, turut hadir sama Pegawai Penolong Pengarah Operasi 1 Kemas Negeri Perak Tn Hj Mat Hussin, Pegawai Kemas Daerah Hilir Perak En Azril Yazan, Penyelia Kanan Kawasan, Penyelia Pelbagai jurusan, Pemaju Masyarakat Pelbagai Jurusan dan Ibu Bapa kepada anak-anak.





\