Monday 28 April 2014

PROGRAM SANTAI JR UMNO TELUK INTAN BERSAMA YB ADUN CHANGKAT JONG



Pada tanggal 20/4/2014 satu program Santai telah disusun atur oleh JR UMNO Teluk Intan yang berlansung di Teluk Batik Lumut. Kehadiran yang datang meraikan program tersebut sekitar 400 orang untuk memeriahkannya lagi. Program Santai itu bermula pada jam 10 pagi dan ianya hanya memakan masa satu hari sahaja. Untuk meriahkan majlis ketibaan YB Dato Azhar Bin Jamaluddin merangkap ahli undangan Dun Changkat Jong, turut bersama keluarganya.


Program ini juga diadakan sempena meraikan kesyukuran YB dianugerahkan pangkat Dato setelah kemenangan beliau di Dun Changkat jong. Selain dari itu pelbagai aktiviti telah di adakan sempena program Santai tersebut. Purata JR UMNO Teluk Intan ini terdiri daripada anggota Jabatan Kemas Teluk Intan.
Program ini membuatkan ikatan silahtuhrahim antara mereka lebih kuat lagi, selain itu juga ianya turut meraikan JR-JR UMNO Teluk Intan setelah penat mereka memerah kudrat bagi memastikan bumi Changkat Jong berada di tangan pihak kerajaan.



No comments:

Post a Comment