Thursday 21 May 2015

MESYUARAT HARI POTENSI ZON E DI BANGUNAN PERSEKUTUAN TELUK INTAN

Teluk Intan - 21 Mei 2015 satu mesyuarat Hari Potensi bagi Zon E telah di adakan di Bilik Mesyuarat blok B bangunan persekutuan Teluk Intan. Kehadiran ahli-ahli mesyuarat seramai 16 orang penyelia-penyelia pelbagai Jurusan dan Penyelia-penyelia Kanan Kawasan yang melibat kan empat Parlimen iaitu Bagan Datoh,Tapah,Tanjung Malim dan Teluk Intan selaku tuan rumah.
Mesyuarat berlangsung pada pukul 10.30 pagi dan dipengerusikan oleh En Azril Yazan b Samsudin Sebagai Pengerusi bagi Skuad Zon E. Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi penyenaraian tugas-tugas hari berlangsungnya sukan Potensi untuk peringkat Zon E pada 3/6/2015.
Bagi tahun ini hari Potensi Peringkat Zon E Parlimen Teluk Intan dilantik sebagai tuan rumah semasa acara pertandingan di langsungkan nanti. Empat Parlimen akan berentap untuk muncul juara dan melibatkan seramai lebih kurang 300 orang kanak-kanak tabika yang bertanding.