Sunday 17 August 2014

HARI POTENSI KEMAS DAERAH HILIR PERAK

 
Kumpulan Nasyid
Pada 14/8/2014 telah berlangsungnya satu majlis yang diberi nama Hari Potensi iaitu sukan kanak-kanak tabika Kemas. Tahun ini melibatkan semua acara in door berbanding tahun lepas merupakan acara out door. Seperti mana yang kita ketahui peserta yang mendapat johan secara automatiknya akan mewakili peringkat zone dan bertanding di Daerah Tanjung Malim pada 21/8/2014.
                                                            Kumpulan Reka Cipta
Peringkat daerah ini berlangsung didewan besar Sungai Sumun Bagan Datoh. Acara dipertandingkan pada hari itu seperti, bercerita,tilawah al-quran,tarian,story talling,reka cipta,pidato dan nasyid. Kesemua acara demikian terbahagi kepada 2 iaitu lelaki dan perempuan, hebat-hebat belaka adik-adik ini bertanding, semangat yang macam ini lah yang kita inginkan kepada kanak-kanak tabika ini. Mereka ini akan di uruskan oleh gurunya sendiri, malah ada ibu bapa yang hadir turut membantu menyiapkan anak-anak.
                                                        Tilawah Al-Quran Perempuan
Hari Potensi daerah Hilir Perak ini melibatkan hanya 2 Parlimen sahaja iaitu Parlimen Teluk Intan dan Bagan Datoh. Selain itu juga juri atau hakim pertandingan kebanyakannya merupakan orang Kemas juga, selebihnya itu barulah dipanggil dari luar. Pertandingan tersebut bermula pada jam 9.00 pagi dan selesai lebih kurang pukul 1.00 petang. Setelah selesai bertanding Parlimen Teluk Intan menang dalam 4 acara dan akan di bawa ke pertandingan peringkat zone pula di Tanjung Malim pada 21/8/2014. Acara penutupan majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Kemas Daerah yang baharu iaitu En Azril yang telah bertukar dari Kemas Negeri.
Bercerita Lelaki
Bercerita Perempuan
Pegawai Kemas Daerah dan Penyelia Kanan
Teluk Intan
Kumpulan Kompang
Kumpulan Kompang






No comments:

Post a Comment