Tuesday 1 April 2014

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK TABIKA





23 March Teluk Intan-Satu program pertandingan mewarna bagi kanak-kanak tabika sempena ROAD TO MAHA yang bertempat di perkarangan menara Condong Teluk Intan.Program tersebut telah dirasmi kan oleh Timbalan Menteri Asas Tani Datuk Tajuddin Bin Abdul Rahman.Bagi pertandingan mewarna untuk  kanak-kanak tabika, KEMAS diberi tanggungjawab untuk menjayakan program tersebut.



Penyertaan bagi pertandingan mewarna ini tersebut bukan sahaja dari KEMAS,malah kanak-kanak tabika dari Perpaduan pun turut menyertainya.Sedang khusuknya kanak-kanak tabika tersebut mewarna pihak ibu bapa pula tidak melepaskan peluang untuk melihat pertandingan demo masakan yang berlansung tidak jauh dari tempat pertandingan mewarna tersebut.Bagi majlis penyampaian hadiah pertandingan mewarna kanak-kanak tabika telah disampaikan oleh YB Mohd Azhar Bin Jamaluddin iaitu wakil rakyat Dun Changkat Jong.