Thursday, 2 July 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA KAKITANGAN KEMAS TELUK INTAN

Teluk Intan - 1/7/2015 satu majlis berbuka puasa khas untuk kakitangan Kemas Teluk Intan telah di adakan di kelas tabikan Taman Karentina Batak Rabit. Selain daripada majlis berbuka puasa tersebut,  terlibat satu lagi majlis mesyuarat JKPP Parlimen telah diadakan sebelum itu.
Selepas selesai mengadakan mesyuarat JKPP Parlimen semua kakitangan Kemas Teluk Intan mendengar pula amanat-amanat yang disampaikan oleh Tuan Pengarah Kemas Perak sendiri dalam ucapannya. Dalam majlis tersebut tetamu terhormat dijemput adalah Yb Dato Mohd Azhar B Jamaluddin ADUN Changkat Jong.
Beliau tiba pada pukul 6.30 petang dan disambut mesra oleh Tuan Pengarah. Selepas itu Yb Dato Mohd Azhar diminta untuk memberikan ucapan sepatah dua kata untuk memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada semua warga Kemas Teluk Intan. Sesudah selesai YB berucap semua di minta berkumpul di luar bagi sesi bergambar dan membuat satu video klip raya.
Sementara menunggu waktu berbuka puasa satu tazkirah pendek telah di sampaikan oleh Ustaz Abdul Khodir b Rejab Penyelia Bina Insan Parlimen Bagan Datoh. Selepas waktu berbuka semua nya solat berjemaah di dalam kelas tabika sahaja dengan di imamkan oleh Ustaz Abdul Khodir.


Thursday, 25 June 2015

HARI POTENSI KEMAS PERAK PERINGKAT ZON E


Teluk Intan - Hari Potensi KEMAS Peringkat Zon E telah berlansung di Batak Rabit Teluk pada 3/6/2015 bermula pada jam 8.30 pagi. Tetamu VVIP yang turut hadir Yb Dato Mohd Azhar bin Jamaluddin selaku perasmi Perasmian Penutup Hari Potensi Peringkat Zon E, selain itu wakil dari Kemas Negeri Perak juga turut hadir En Husin bin Sidek selaku Penolong Pengarah unit Prasekolah.
Acara berlaku dengan sengit dan seimbang di atas padang, 7 acara di pertandingakan pada hari tersebut yang melibatkan 4 Parlimen iaitu Bagan Datoh, Teluk Intan, Tanjung Malim dan seterusnya tapah. Bagi acara tumpuan pada hari berkenaan sudah semestinya acara futsal dan bola jaraing. Bagi acara futsal Kemas Parlimen Teluk Intan Telah menjuarainya dengan menewaskan Parlimen Tapah dengan jaringan 4-2.
Setelah selesai semua acara pertandingan dan tiba lah masa yang di tunggu-tunggu bagi kesemua yang hadir untuk acara penyampaian hadiah kepada semua pemenang dan upacara majlis penutup yang akan dirasmikan oleh Yb Dato Mohd Azhar b Jamaluddin.

SEPETANG BERSAMA PEMIMPIN DI KG PADANG TEMBAK TELUK INTAN

Teluk Intan - 17/6/2015 satu Program Titik Sentuh Rakyat (PTSR) iaitu Sepetang bersama Pemimpin telah diadakan di Kg Padang Tembak pada jam 3.00 petang. Pemimpin yang hadir pada petang itu dimaksudkan ialah Yb Dato Mohd Azhar bin Jamaluddin Adun Changkat Jong.
Program tersebut hanya dibuat secara santai sahaja, kerana berlaku di sebuah kedai makan sekitar Kg Padang Tembak Tersebut. Tidak lupa juga Penyelia Kanan Kemas Parlimen Teluk Intan turut hadir bagi mengiringi Yb Dato Mohd Azhar dan merupakan wakil Kemas Teluk Intan. Dalam sembang-sembang santai tersebut Yb turut menceritakan hal isu-isu semasa dan peluang pekerjaan kepada golongan-golongan pemuda ini.
Walaupun Program ini tidak lah sebesar mana  tetapi banyak maklumat dan ilmu  yang penduduk kampung dapat dan lebih mendekati Pemimpin dengan secara tak langsung nya.

Thursday, 28 May 2015

PERHIMPUNAN BULANAN BANGUNAN PERSEKUTUAN TELUK INTAN MEI 2015

Teluk Intan - 21 Mei 2015 satu perhimpunan bulanan bagi kakitangan awam bangunan persekutuan Teluk Intan telah diadakan. Pada bulan ini KEMAS Teluk Intan diberi mandat untuk menceritakan serba sedikit perihal fungsi Jabatan Kemas ini. Oleh itu En Azril Yazan Bin Shamsudin selaku Pegawai Kemas Daerah Hilir Perak telah memberikan ucapan alu-aluan dan lansung terus menceritakan peranan Jabatan Kemas kepada masyarakat.
Selain dari itu acara memotong pulut kuning juga dilakukan sebagai menyambut hari kelahiran kepada yang lahir pada bulan Mei. Kesemua perjalanan majlis di sediakan oleh pihak Kemas Teluk Intan sendiri termasuklah penyediaan hadiah hari lahir kepada penerima-penerima.

Thursday, 21 May 2015

MESYUARAT HARI POTENSI ZON E DI BANGUNAN PERSEKUTUAN TELUK INTAN

Teluk Intan - 21 Mei 2015 satu mesyuarat Hari Potensi bagi Zon E telah di adakan di Bilik Mesyuarat blok B bangunan persekutuan Teluk Intan. Kehadiran ahli-ahli mesyuarat seramai 16 orang penyelia-penyelia pelbagai Jurusan dan Penyelia-penyelia Kanan Kawasan yang melibat kan empat Parlimen iaitu Bagan Datoh,Tapah,Tanjung Malim dan Teluk Intan selaku tuan rumah.
Mesyuarat berlangsung pada pukul 10.30 pagi dan dipengerusikan oleh En Azril Yazan b Samsudin Sebagai Pengerusi bagi Skuad Zon E. Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi penyenaraian tugas-tugas hari berlangsungnya sukan Potensi untuk peringkat Zon E pada 3/6/2015.
Bagi tahun ini hari Potensi Peringkat Zon E Parlimen Teluk Intan dilantik sebagai tuan rumah semasa acara pertandingan di langsungkan nanti. Empat Parlimen akan berentap untuk muncul juara dan melibatkan seramai lebih kurang 300 orang kanak-kanak tabika yang bertanding.


Sunday, 10 May 2015

DISKUSI ILMIAH KELAS PKK TAMAN KARENTINA BATAK RABIT



Teluk Intan - 5 Mei Unit kelas PKK Taman Karentina Batak Rabit telah mengadakan satu kelas Diskusi Ilmiah untuk peserta-peserta kelasnya. Manakala kelas diskusi ilmiah tersebut berlangsung di
kelas Tabika KEMAS. Kehadiran peserta yang hadir pada petang itu seramai 15 orang.
Kelas bermula pada jam 4.00 petang dan turut hadir sama Penyelia Pembangunan Desa KEMAS Teluk Intan En Abdul Malek Bin Osman dan juga Pengerusi kelas Tabika Taman Karentina Hj Abdul Razak.
Penyampaian ilmu-ilmu dan maklumat-maklumat telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad bin Jaafar iaitu Pemaju Masyarakat Bina Insan Kemas Parlimen Teluk Intan.

Monday, 27 April 2015

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TABIKA DEWAN KEMAS SG SAMAK KE KAPAL TLDM LUMUT DAN TELUK SENANGIN

Teluk Intan - Pada 26/4/2015 Tabika Dewan Kemas Sungai Samak telah membuat satu Lawatan Sambil Belajar ke Perkapalan TLDM Lumut dan Pusat Peranginan Teluk Senangin. Perjalanan bas bertolak pada jam 7.00 pg dan tiba di lokasi sekitar jam 9.00 pg.
Selain itu ahli rombongan peserta termasuk ibu bapa dan guru pengiring adalah seramai 43 orang. Lokasi lawatan yang pertama ada perkapalan TLDM Lumut. Selepas itu mereka menuju pula ke pusat peranginan Teluk Senangin dan menikmati makanan tengahari disana.
Disamping itu juga  satu acara sukanneka telah diadakan untuk kanak-kanak tabika bagi mengisi aktiviti-aktiviti program lawatan sambil belajar ini.