Thursday 25 June 2015

SEPETANG BERSAMA PEMIMPIN DI KG PADANG TEMBAK TELUK INTAN

Teluk Intan - 17/6/2015 satu Program Titik Sentuh Rakyat (PTSR) iaitu Sepetang bersama Pemimpin telah diadakan di Kg Padang Tembak pada jam 3.00 petang. Pemimpin yang hadir pada petang itu dimaksudkan ialah Yb Dato Mohd Azhar bin Jamaluddin Adun Changkat Jong.
Program tersebut hanya dibuat secara santai sahaja, kerana berlaku di sebuah kedai makan sekitar Kg Padang Tembak Tersebut. Tidak lupa juga Penyelia Kanan Kemas Parlimen Teluk Intan turut hadir bagi mengiringi Yb Dato Mohd Azhar dan merupakan wakil Kemas Teluk Intan. Dalam sembang-sembang santai tersebut Yb turut menceritakan hal isu-isu semasa dan peluang pekerjaan kepada golongan-golongan pemuda ini.
Walaupun Program ini tidak lah sebesar mana  tetapi banyak maklumat dan ilmu  yang penduduk kampung dapat dan lebih mendekati Pemimpin dengan secara tak langsung nya.

No comments:

Post a Comment