Thursday 25 June 2015

HARI POTENSI KEMAS PERAK PERINGKAT ZON E


Teluk Intan - Hari Potensi KEMAS Peringkat Zon E telah berlansung di Batak Rabit Teluk pada 3/6/2015 bermula pada jam 8.30 pagi. Tetamu VVIP yang turut hadir Yb Dato Mohd Azhar bin Jamaluddin selaku perasmi Perasmian Penutup Hari Potensi Peringkat Zon E, selain itu wakil dari Kemas Negeri Perak juga turut hadir En Husin bin Sidek selaku Penolong Pengarah unit Prasekolah.
Acara berlaku dengan sengit dan seimbang di atas padang, 7 acara di pertandingakan pada hari tersebut yang melibatkan 4 Parlimen iaitu Bagan Datoh, Teluk Intan, Tanjung Malim dan seterusnya tapah. Bagi acara tumpuan pada hari berkenaan sudah semestinya acara futsal dan bola jaraing. Bagi acara futsal Kemas Parlimen Teluk Intan Telah menjuarainya dengan menewaskan Parlimen Tapah dengan jaringan 4-2.
Setelah selesai semua acara pertandingan dan tiba lah masa yang di tunggu-tunggu bagi kesemua yang hadir untuk acara penyampaian hadiah kepada semua pemenang dan upacara majlis penutup yang akan dirasmikan oleh Yb Dato Mohd Azhar b Jamaluddin.

No comments:

Post a Comment