Thursday 2 July 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA KAKITANGAN KEMAS TELUK INTAN

Teluk Intan - 1/7/2015 satu majlis berbuka puasa khas untuk kakitangan Kemas Teluk Intan telah di adakan di kelas tabikan Taman Karentina Batak Rabit. Selain daripada majlis berbuka puasa tersebut,  terlibat satu lagi majlis mesyuarat JKPP Parlimen telah diadakan sebelum itu.
Selepas selesai mengadakan mesyuarat JKPP Parlimen semua kakitangan Kemas Teluk Intan mendengar pula amanat-amanat yang disampaikan oleh Tuan Pengarah Kemas Perak sendiri dalam ucapannya. Dalam majlis tersebut tetamu terhormat dijemput adalah Yb Dato Mohd Azhar B Jamaluddin ADUN Changkat Jong.
Beliau tiba pada pukul 6.30 petang dan disambut mesra oleh Tuan Pengarah. Selepas itu Yb Dato Mohd Azhar diminta untuk memberikan ucapan sepatah dua kata untuk memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada semua warga Kemas Teluk Intan. Sesudah selesai YB berucap semua di minta berkumpul di luar bagi sesi bergambar dan membuat satu video klip raya.
Sementara menunggu waktu berbuka puasa satu tazkirah pendek telah di sampaikan oleh Ustaz Abdul Khodir b Rejab Penyelia Bina Insan Parlimen Bagan Datoh. Selepas waktu berbuka semua nya solat berjemaah di dalam kelas tabika sahaja dengan di imamkan oleh Ustaz Abdul Khodir.


No comments:

Post a Comment