Wednesday 5 August 2015

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Teluk Intan - 5/8/2015 telah berlangsung nya satu majlis Jamuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Dewan Rumah Rehat Teluk Intan. Kesemua warga Kemas Teluk Intan termasuk lah ppms seramai 60 orang yang hadir pada jamuan ini.
Terima Kasih juga diucapkan kepada YB Dato Mohd Azhar B Jamaluddin yang turut hadir bagi memeriahkan lagi suasana. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Pengerusi-pengerusi Tabika yang hadir sama pada petang itu.
Pelbagai jenis makanan yang telah disediakan sehinggakan pening kepala untuk memilih yang mana satu yang hendak di makan hehehehe...Kesemua jenis makananan ini di buat sendiri dan di sponser oleh pemaju-pemaju Masyarakat Kemas Teluk Intan itu sendiri.
Perjalanan Majlis di mulakan dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Ustaz Mohd Jaafar Pemaju Masyarakat Bina Insan dan seterusnya ucapan dari Tn PKD Hilir Perak cik Azril b Yazan. Selain itu juga YB Dato Mohd Azhar juga tidak melepaskan peluang dengan memberikan ucapan Selamat Hari Raya kepada semua yang hadir pada waktu itu.
Bukan itu sahaja aturcara majlisnya, tanpa di duga satu kejutan telah berlaku dimana  sambutan hari lahir juga telah diadakan pada yang lahir pada bulan Jun, Julai dan Ogos. Acara pemotongan kek dibuat bagi memperingati dan meraikan nya. Sesudah selesai baru lah kesemuanya menikmati juadah makanan yang telah dihidangkan di luar dewan yang sedap-sedap belaka. Bagi yang mahu berkaroke lagu-lagu raya turut disediakan untuk memeriahkan suasana hari raya.

No comments:

Post a Comment