Monday 6 October 2014

JAMUAN PERPISAHAN PERSARAAN PENYELIA PRA SEKOLAH KEMAS TELUK INTAN

Assalamualaikum dan selamat pagi, ketika ini bumi Teluk Intan dituruni hujan rahmat dari Allah s.w.t. Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tinggal dan selamat bersara kepada bekas Penyelia Pra Sekolah Kemas Teluk Intan Puan Saadiah bt Abdullah. Beliau bersara pada tarikh 27.8.2014 ketika umur beliau 60 tahun, dan jasa beliau di dalam Kemas Teluk Intan ini sudah hampir 30 tahun. Kami di sini amat terasa dengan ketiadaan beliau, tapi bak kata orang kita kena akurlah dengan perkeliling yang telah di tetapkan oleh kerajaan had umur persaraan kakitangan kerajaan.
Puan Saadiah bersama Kakitangan Kemas Teluk Intan
Sambutan hari perpisahan diadakan 26.8.2014 sehari sebelum tarikh beliau bersara, majlis tersebut diadakan di dewan rumah rehat Teluk Intan. Selain dari majlis perpisahan, Kemas Teluk Intan juga meraikan majlis jamuan raya. Majlis tersebut diserikan lagi dengan para tetamu dari wakil Adun Changkat Jong, Penghulu Mukim, Ketua-ketua kampung dan tidak lupa juga wakil dari pejabat Kemas Negeri.
Pengarah Kemas Perak memberikan sumbangan cenderhati kepada Pn Saadiah
Penghormatan terakhir kepada Puan Saadiah bt Abdullah turut di berikan oleh Pengarah Kemas Negeri Perak En Ahmad Kamal Idris bin Hj Nawawi sendiri. Secara kebetulan hari majlis itu berlangsung Puan Saadiah menyambut hari lahir beliau yang ke 60 tahun. Sesungguhnya kesedihan memang terpancar dari  raut wajah beliau untuk meninggalkan Kemas Teluk Intan, begitu juga kami di Kemas Teluk Intan ini, kerana kami seperti satu keluarga yang rapat. Akhir sekali semoga Allah memberikan kesihatan yang sihat,di panjangkan umur dan bahagia selalu di samping keluarga tercinta.
Upacara memotong kek hari lahir Pn Saadiah



No comments:

Post a Comment