Sunday, 18 January 2015

DATO SERI SHAFIE AFDAL BERSAMA-SAMA SUKARELAWAN KEMAS BERGOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN PREMIS-PREMIS KEMAS PASIR SALAK YANG TERKENA BANJIR


Kg Gajah - 10/1/2015 satu program gotong-royong membersihkan premis-premis KEMAS Parlimen Pasir Salak yang terkena bencana banjir telah diadakan pada pagi itu. Pelancaran program tersebut dibuat di PKM Kg Gajah. Turut hadir bagi merasmikan pelacaran program tersebut ialah Dato Seri Shafie Afdal Menteri KKLW.

Setelah pelancaran dilakukan taklimat ringkas telah diberikan kepada anggota-anggota sukarelawan banjir bagi menetapkan tempat-tempat yang perlu dibersihkan dan mengikut parlimen dan zon. Bagi Kemas Teluk Intan ditetapkan untuk membersihkan premis kelas pkk dan pusat sumber. Seramai 20 orang anggota Kemas Teluk Intan melakukan kerja-kerja pembersihan dan termasuk lah anggota sukarelawan dari Kemas Tapah, Tanjung Malim dan tidak lupa juga kepada Kemas Kedah yang telah menghantar satu buah bas anggota sukarelawannya untuk turut membantu.



Setelah tibanya di lokasi, kerja-kerja pembersihan gigih dilakukan bersama-sama. Sementara itu Dato Seri Shafie Afdal sempat singgah ke lokasi tempat pembersihan banjir dan beliau turut melakukan kerja-kerja seperti anggota sukarelawan. Selain itu Setiausaha kerajaan negeri Perak Dato Seri Abdul Puhat Mat Nayan turut bersama-sama dengan diiringi oleh Pengarah Kemas Perak En Ahmad Kamal Idris Nawawi. Setelah selesai Program gotong royong dikawasan Parlimen Pasir Salak ini Dato Seri Shafie Afdal terus bergerak ke Parlimen lenggong untuk lawatan ke sana pula.

Monday, 12 January 2015

LAWATAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK YB DATO SERI ABDUL PUHAT BIN MAT NAYAN KE PUSAT PEMINDAHAN BANJIR SK SELABAK TELUK INTAN

Yb Dato Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Teluk Intan  pada 11 Disember 2015 - Keperihatinan Yb Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Dato Seri Abdul Puhat Mat Nayan terhadap nasib yang menimpa warga Kg Selabak. Beliau mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan yang terkena banjir di negeri Perak bagi melihat sendiri keadaan mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan.
Yb Dato Mohd Azhar Bin Jamaluddin mengiringi Yb Dato Seri Puhat Bin Mat Nayan
Sementara itu Teluk Intan juga merupakan destinasi lawatan Yb Dato Seri Abdul Puhat yang sempat meluangkan masa bersama-sama mangsa banjir di Kg Selabak. Beliau tiba di pusat pemindahan banjir tersebut pada pukul 12.30 tengahari. Disamping itu juga beliau turut diiringi oleh Yb Dato Mohd Azhar Jamaluddin Adun Changkat Jong.
Petugas-petugas Skuad Ehsan Kemas Teluk Intan
Selain dari itu petugas Skuad Ehsan KEMAS Teluk Intan juga turut serta membantu memasak untuk mangsa-mangsa banjir. Ini merupakan bencana banjir yang agak teruk kerana sejak hari pertama pusat pemindahan banjir di buka pada 9/01/2015 sebanyak 23 keluarga yang berpindah ke pusat pemindahan dan jumlah keseluruhan adalah 104 orang.
Skuad Ehsan Kemas Teluk Intan membantu memasak
Bagaimanapun bilangan mangsa banjir di pusat pemindahan hari demi hari semakin menurun kerana ada yang segelintir boleh pulang ke rumah. Pada jam 6.00 petang 12/01/2015 pusat Pemindahan Sk Selabak sudah pun di tutup kerana keseluruhannya semua mangsa sudah pulang ke rumah. Keadaan di Kg Selabak pun sudah hampir pulih.

Monday, 8 December 2014

PERHIMPUNAN BULANAN BANGUNAN PERSEKUTUAN TELUK INTAN BAGI BULAN DISEMBER 2014

Teluk Intan - Pagi ini pada tarikh 9/12/2014 telah berlangsungnya satu majlis perhimpunan bulanan Bangunan Persekutuan Teluk Intan. Majlis ini diadakan di perkarangan tempat letak kenderaan di blok B. Perhimpunan tersebut bermula pada jam 8.30 pagi, sebelum bermulanya perhimpunan penjawat-penjawat awam yang berhimpun perlu lah mendaftar nama sebagai tanda kehadiran.
Bagi bulan Disember ini untuk mengakhiri bagi tahun 2014, Jabatan Penerangan diberi tanggungjawab untuk mengelolakan majlis perhimpunan pada pagi ini. Seperti biasa pada bulan-bulan sebelum ini, acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Penjawat Awam.
Pada bulan terakhir ini Jabatan KEMAS Teluk Intan diberi Pujian oleh Pengerusi majlis dimana KEMAS sentiasa mengekalkan imej yang seragam apabila menghadiri sesuatu majlis. Akhir sekali sebelum semuanya bersurai, Pihak Jabatan Penerangan ada memberikan sedikit bekalan makanan untuk sarapan pagi.

Thursday, 4 December 2014

MESYUARAT JKPP PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK BULAN DISEMBER

Teluk Intan - Pagi ini 5/12/2014 telah diadakan satu mesyuarat JKPP peringkat Daerah Hilir Perak di Pejabat KEMAS Teluk Intan. Sebelum memulakan mesyuarat kesemua ahli mesyuarat dijemput menjamu selera sarapan pagi yang telah disediakan . Selepas itu baru lah  mesyuarat bermula pada jam 9.00 pagi dan dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada  PKD Hilir Perak Cik Azril Yazan.

Seterusnya dibacakan doa oleh Al Fadil Ustaz Abdul Khodir b Rejab iaitu Penyelia Bina Insan KEMAS Parlimen Bagan Datoh. Ahli mesyuarat yang hadir seramai 11 orang termasuk PKD Hilir Perak. Mesyuarat JKPP Peringkat Daerah ini di Pengerusikan oleh PKD Cik Azril Yazan. Tujuan diadakan mesyuarat ini untuk menyampaikan maklumat, arahan, amanat dari Tuan Pengarah KEMAS Perak dari semasa ke semasa untuk dilaksanakan apabila berada dikawasan masing-masing.

Tuesday, 2 December 2014

LAWATAN YB ADUN CHANGKAT JONG KE BENGKEL JAHITAN KEMAS DI BATAK RABIT

Teluk Intan - 2/12/2014 jam 9.00 pagi satu Lawatan ramah mesra YB Dato Azhar B Jamaluddin ADUN Changkat Jong ke Bengkel Jahitan KEMAS di Batak Rabit. Ketibaan YB disambut oleh Pengerusi JKKK Kampung Batak Rabit En Hazli.

Di samping itu juga YB sempat menjamu selera sarapan pagi bersama-sama penduduk Kg Batak Rabit. Selain itu juga Guru bengkel jahitan KEMAS menjemput YB untuk masuk ke dalam bengkel dan menerangkan serba sedikit perjalanan aktiviti kelas.

Sejuta tinggi penghargaan diucapkan kepada YB Dato Azhar B Jamaluddin kerana beliau sempat lagi memberikan sedikit pendapat dan idea kepada guru Cik Norizah Kadri. Dan klip video nya sempat di rakam.

Tuesday, 25 November 2014

SELAWAT PERDANA MALAYSIA BOOK OF RECORDS

Assalamualaikum dan selamat pagi..Allahamdulillah bersyukur kepada Allah s.w.t kerana di pagi ini dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan memudahkan segala urusan..



Tahniah kepada Tuan Pengarah KEMAS Perak dan kepada semua kakitangan KEMAS Perak, kanak-kanak Tabika KEMAS, Urusetia, Jawatankuasa, Ibu bapa dan hadirin sekalian yang hadir pada 20/11/2014 bagi menjayakan Program Selawat Perdana TERAMAI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS PERAK BERSELAWAT dan dicatatkan dalam Malaysia Book Of Record 2014....















Program Selawat Perdana ini melibatkan 1,588 orang kanak-kanak Tabika Kemas dari seluruh Negeri Perak.

Antara gambar-gambar Program yang sempat diambil pada hari tersebut...:-

Pertandingan Bubur Asyura di sebelah pagi:







Program Selawat Perdana di Sebelah malam :-









Tuesday, 4 November 2014

PEMANTAUAN BERSILANG PEMERIKSAAN FAIL ASET KEMAS KAMPAR KE KEMAS TELUK INTAN

Pagi ini 5 November 2014 Pejabat Kemas Teluk Intan telah dikunjungi oleh warga Kemas Kampar seramai 6 orang yang diketuai oleh En Muhammad Syawari b Shafie Penyelia Kanan Kemas Kampar. Tujuan mereka hadir bagi membuat pemeriksaan aset-aset yang ada di Pejabat Kemas Teluk Intan.

Tujuannya supaya aset-aset yang ada di rekodkan dan ditandakan lebel agar mudah bagi pemegang tanggungjawab menjaga aset. Tatacara pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA) ini merangkumi 6 Bab utama iaitu :
> Bab  A  : Penerimaan

> Bab  B  : Pendaftaran

> Bab  C  : Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan

> Bab  D  : Penyelenggaraan

> Bab  E  : Pelupusan

> Bab  F : Kehilangan dan Hapus kira