Monday 19 October 2015

LATIHAN KEBAKARAN TAHUNAN BANGUNAN PERSEKUTUAN

Teluk Intan - 8/10/2015 satu latihan kebakaran telah diadakan pada waktu pagi jam 10, kesemua warga Bangunan Persekutuan di minta untuk memberi kerjasama bagi menjayakan latihan kebakaran ini. Kerana latihan ini mempunyai markah penilaian yang akan di berikan oleh Agensi Bomba.



Oleh itu kesemua yang berada di dalam kawan bangunan di minta berkumpul di padang Speedy berhadapan dengan bangunan persekutuan. Semasa berkumpul ketua Jabatan Bomba Teluk Intan telah menerangkan serba sedikit tentang langkah -langkah keselamatan sekiranya ada kejadian yang tidak di ingini berlaku.



Sementara itu pihak Bomba juga membuat satu latihan memadam api menggunakan 3 kaedah cara yang menggunakan alat pemadam api yang sedia ada di dalam bangunan.

No comments:

Post a Comment