Wednesday 30 September 2015

HARI KELUARGA "KENDURI KITA"

Teluk Intan - 25/9/2015 satu program Hari Keluarga "Kenduri Kita" telah diadakan di Tabika Karentina Batak Rabit Sempena Hari Raya Aidil Adha. Program ini melibatkan anggota Kemas dan MPWK Parlimen Teluk Intan. Turut hadir sama Pegawai Kemas Daerah Hilir Perak En Azril Yazan b Samsuddin.





Aturcara majlis bermula pada pukul 8.30 pagi dengan menyembelih dan melapah seekor lembu. Lembu tersebut sumbangan daripada Yb Dato Mohd Azhar b Jamaluddin Adun Changkat Jong dan Program ini di rasmikan oleh beliau sendiri. Setelah selesai menyembelih pihak perempuan bergotong royong untuk melapah daging-daging tersebut bagi di agih-agih kan kepada para peserta yang hadir.









No comments:

Post a Comment