Sunday 19 April 2015

PEMILIHAN BAKAT KANAK-KANAK TABIKA SEMPENA PERSIAPAN SUKAN POTENSI 2015

Teluk Intan - Pada 12 April 2015 satu acara pemilihan bakat kanak-kanak tabika telah diadakan di padang Tabika Batak Rabit. Acara dimulakan pada jam 9.00 pagi yang diuruskan ahli jawatankuasa yang telah dilantik dalam kalangan pemaju tabika sendiri.
Pemilihan ini melibatkan ke semua kelas-kelas tabika di kawasan Parlimen Teluk Intan. Tidak ke semua anak-anak datang ke sesi pemilihan ini, kerana di peringkat kelas lagi guru sudah memilih mengikut kesesuaian seseorang murid bagi dibawa ke sesi pemilihan ini.
Pada pagi tersebut 3 acara telah dijalankan bagi memilih peserta yang betul-betul berbakat bagi membawa cabaran nama KEMAS Parlimen Teluk Intan untuk pertandingan  diperingkat Parlimen seperti acara futsal lelaki, bola jaring dan rounders.

No comments:

Post a Comment