Wednesday 10 September 2014

PERTANDINGAN ANUGERAH DESA SEJAHTERA (ADS) KG SELABAK

Assalamualaikum dan Selamat pagi kepada sahabat-sahabat blogger semua. Hari ini saya ingin berkongsikan bersama anda aktiviti program yang telah dijalankan di kawasan Parlimen Teluk Intan. Semalam bertarikh 10/9/2014 telah berlangsungnya penilaian kampung Selabak. Ya mungkin Kg Selabak ini bukan lah pertama kali masuk bertanding, tetapi harus di ingat juga bukan mudah untuk menghias kampung dan untuk menyiapkan lebih terperinci mengenai maklumat kampung.
Ketibaan Panel Hakim
Panel Hakim mendengar pembentangan dari su JKK
Pertandingan Anugerah Desa Sejahtera ini melibatkan 10 buah kampung di dalam Perak. Kgmpung Selabak mewakili daerah Hilir Perak. Teluk Intan adalah destinasi terakhir untuk para panel hakim membuat lawatan. Panel hakim di bawa dari agensi lain akan tetapi masih di bawah kementerian yang sama, dan juga dua orang anggota Kemas Negeri turut terlibat sebagi panel hakim. Setelah tibanya rombongan panel hakim, iringan pukulan kompang oleh orang kampung. Selain itu juga tidak terlepas peluang kanak-kanak tabika kampung Selabak juga membuat persembahan kompang untuk meraikan para panel hakim.
Produk Kampung Selabak
Produk Pembinaan Ukiran Kayu
Bermula lah penilaian di buat oleh para panel hakim, penilaian dibuat terdiri daripada 7 aspek, sebagai contoh dari segi kepimpinan kampung,kerohanian kampung dan sebagainya. Majlis tersebut berlangsung di pusat ICT kampung Selabak. Pembentangan maklumat kampung Selabak dilakukan oleh S.u JKK mereka, dan juga merupakan kakitangan Kemas Teluk Intan juga. Setelah pembentangan selesai panel hakim akan membuat aktivis soal jawab bersama JKK. Majlis tersebut selesai pada pukul satu tengahari, untuk berehat makan tengahari. Selepas selesai menjamu selera panel hakim di bawa pusing-pusing kampung oleh JKK untuk melihat produk-produk yang di hasilkan oleh orang kampung Selabak ini.
Produk Ukiran
Panel Hakim Bergambar Bersama Ahli JKK Selabak
Penilaian para panel hakim selesai lebih kurang jam 3 petang, selepas itu panel hakim terus ke pejabat Kemas Parlimen Teluk Intan untuk membuat rumusan kesemua 10 buah kampung yang bertanding dan membuat pengiraan markah. Mungkin tidak lama lagi akan ketahui kampung manakah yang akan menang dan mewakili Negeri Perak untuk bertanding (ADS) kebangsaan pula. Sama-sama lah kita doakan agar Kampung Selabak  akan mendapat keputusan yang positif.

No comments:

Post a Comment