Thursday, 4 December 2014

MESYUARAT JKPP PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK BULAN DISEMBER

Teluk Intan - Pagi ini 5/12/2014 telah diadakan satu mesyuarat JKPP peringkat Daerah Hilir Perak di Pejabat KEMAS Teluk Intan. Sebelum memulakan mesyuarat kesemua ahli mesyuarat dijemput menjamu selera sarapan pagi yang telah disediakan . Selepas itu baru lah  mesyuarat bermula pada jam 9.00 pagi dan dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada  PKD Hilir Perak Cik Azril Yazan.

Seterusnya dibacakan doa oleh Al Fadil Ustaz Abdul Khodir b Rejab iaitu Penyelia Bina Insan KEMAS Parlimen Bagan Datoh. Ahli mesyuarat yang hadir seramai 11 orang termasuk PKD Hilir Perak. Mesyuarat JKPP Peringkat Daerah ini di Pengerusikan oleh PKD Cik Azril Yazan. Tujuan diadakan mesyuarat ini untuk menyampaikan maklumat, arahan, amanat dari Tuan Pengarah KEMAS Perak dari semasa ke semasa untuk dilaksanakan apabila berada dikawasan masing-masing.

Tuesday, 2 December 2014

LAWATAN YB ADUN CHANGKAT JONG KE BENGKEL JAHITAN KEMAS DI BATAK RABIT

Teluk Intan - 2/12/2014 jam 9.00 pagi satu Lawatan ramah mesra YB Dato Azhar B Jamaluddin ADUN Changkat Jong ke Bengkel Jahitan KEMAS di Batak Rabit. Ketibaan YB disambut oleh Pengerusi JKKK Kampung Batak Rabit En Hazli.

Di samping itu juga YB sempat menjamu selera sarapan pagi bersama-sama penduduk Kg Batak Rabit. Selain itu juga Guru bengkel jahitan KEMAS menjemput YB untuk masuk ke dalam bengkel dan menerangkan serba sedikit perjalanan aktiviti kelas.

Sejuta tinggi penghargaan diucapkan kepada YB Dato Azhar B Jamaluddin kerana beliau sempat lagi memberikan sedikit pendapat dan idea kepada guru Cik Norizah Kadri. Dan klip video nya sempat di rakam.

Tuesday, 25 November 2014

SELAWAT PERDANA MALAYSIA BOOK OF RECORDS

Assalamualaikum dan selamat pagi..Allahamdulillah bersyukur kepada Allah s.w.t kerana di pagi ini dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan memudahkan segala urusan..



Tahniah kepada Tuan Pengarah KEMAS Perak dan kepada semua kakitangan KEMAS Perak, kanak-kanak Tabika KEMAS, Urusetia, Jawatankuasa, Ibu bapa dan hadirin sekalian yang hadir pada 20/11/2014 bagi menjayakan Program Selawat Perdana TERAMAI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS PERAK BERSELAWAT dan dicatatkan dalam Malaysia Book Of Record 2014....















Program Selawat Perdana ini melibatkan 1,588 orang kanak-kanak Tabika Kemas dari seluruh Negeri Perak.

Antara gambar-gambar Program yang sempat diambil pada hari tersebut...:-

Pertandingan Bubur Asyura di sebelah pagi:







Program Selawat Perdana di Sebelah malam :-









Tuesday, 4 November 2014

PEMANTAUAN BERSILANG PEMERIKSAAN FAIL ASET KEMAS KAMPAR KE KEMAS TELUK INTAN

Pagi ini 5 November 2014 Pejabat Kemas Teluk Intan telah dikunjungi oleh warga Kemas Kampar seramai 6 orang yang diketuai oleh En Muhammad Syawari b Shafie Penyelia Kanan Kemas Kampar. Tujuan mereka hadir bagi membuat pemeriksaan aset-aset yang ada di Pejabat Kemas Teluk Intan.

Tujuannya supaya aset-aset yang ada di rekodkan dan ditandakan lebel agar mudah bagi pemegang tanggungjawab menjaga aset. Tatacara pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA) ini merangkumi 6 Bab utama iaitu :
> Bab  A  : Penerimaan

> Bab  B  : Pendaftaran

> Bab  C  : Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan

> Bab  D  : Penyelenggaraan

> Bab  E  : Pelupusan

> Bab  F : Kehilangan dan Hapus kira


Monday, 20 October 2014

MAJLIS MEMPERKASA BAHASA INGGERIS DEMI ANAK BANGSA

Teluk Intan pada 20 Oktober 2014 hari isnin jam 8.30 malam satu majlis Memperkasa Bahasa Inggeris Demi Anak Bangsa  telah diadakan di Dewan Rumah Rehat Teluk Intan. Majlis tersebut dianjurkan oleh Dr Bearys dan Kelab Tegas Perak bagi tujuan untuk mempertajamkan lagi dan memperkukuh Bahasa Inggeris untuk anak bangsa pada masa akan datang.
Aturcara majlis bermula dengan pendaftaran untuk kehadiran cabutan bertuah. Kesemua  Pemaju Masyarakat Tabika Kemas Teluk Intan terlibat dan hadir pada malam itu. Selepas itu para perserta disajikan dengan taklimat perkukuh Bahasa Inggeris untuk anak bangsa dari Dr Bearys. Setelah taklimat kepada perserta selesai tiba lah aturcara kemuncak dengan ucapan dari Yb Dato"Mohd Azhar Bin Jamaluddin ADUN Changkat Jong dan terus merasmikan majlis tersebut.
Selain itu juga YB Dato Mohd Azhar Bin Jamaluddin dijemput sekali lagi untuk menyampaikan penyerahan 5 set Dr Bearys bernilai RM6000.00 ringgit kepada tabika yang terpilih. Manakala bagi cabutan bertuah pulah hadiahnya 1 set Dr Bearys bernilai RM1200.00 ringgit dan juga hamper.

Sunday, 19 October 2014

SUKAN TAHUNAN TABIKA KEMAS SUNGAI MANILA 3

Puan Zainun bt Ahmad menyampaikan cenderhati kepad Pengerusi Tabika Kemas Sg. Manila 3
Teluk Intan pada 14/10/2014 bertempat di Tabika Kemas Sungai Manila 3 telah  berlangsungnya satu majlis sukan tahunan bagi tabika tersebut. Majlis bermula pada jam 3.00 petang dan turut hadir ibu bapa kanak-kanak bagi memeriahkan lagi majlis dan memberi semangat kepada anak-anak mereka yang masuk bertanding.
Acara Sukaneka untuk Kaum Ibu
Sebelum bermulanya acara sukan tahunan ini Pengerusi tabika Sungai Manila 3 ini memberi ucapan alu-aluan kepada para hadirin yang datang. Macam-macam acara dipertandingkan termasuk lah acara sukaneka untuk ibu bapa.
Acara sukaneka Bapa bersama kanak-kanak
Tidak ketinggalan sukan tahunan bagi tabika Kemas Sungai Manila dirasmikan oleh Puan Zainun bt Ahmad, Penyelia Kanan Kemas Parlimen Teluk Intan. Bagi acara penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang, disampaikan oleh Puan Zainun bt Ahmad dan diiringi Penyelia Pra Sekolah Kemas Teluk Intan Puan Zuraidah bt Sulaiman.
Kanak-kanak ditemani ibu masing-masing sebelum acara dimulakan
Hakim pertandingan
Puan Zuraidah bt Sulaiman menyampaikan hadiah kepada ibu bapa yang menang 
Tuan Pengerusi Tabika Kemas Sungai Manila 3 memberi ucapan

Monday, 13 October 2014

BACAAN YASSIN DAN TAHLIL ARWAH HAJI ABDUL KADIR B MUHAMMAD BAPA KEPADA MENTERI BESAR PERAK DATUK SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR

En Abdul Malek Osman mengetuai Tahlil dan bacaan Yassin
- Teluk Intan 14 Oktober 2014 Kakitangan pejabat Kemas Teluk Intan telah mengadakan satu majlis bacaan yassin dan tahlil , setelah mendapat berita bahawa pemergian Abdul Kadir B Muhammad , bapa Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Arwah difahami meninggal dunia pada pukul 1.10 pagi tadi di Hospital Desa Pangkor, Pulau Pangkor akibat serangan jantung.
Penyelia Kanan Kemas Teluk Intan Turut Sertai Majlis Bacaan Yassin Dan Tahlil
Oleh itu pada pukul 11.00 pagi tadi kami warga pejabat Kemas Teluk Intan telah membuat satu majlis bacaan yassin dan tahlil buat arwah Haji Abdul Kadir b Muhammad. Majlis tersebut di ketuai oleh En Abdul Malek b Osman Penyelia Pelbagai Jurusan 3P Kemas Teluk Intan.
Warga Pejabat Kemas Teluk Intan Mengaminkan Doa yang Dibaca En Abdul Malek Osman
Sementara itu kami warga Kemas Teluk Intan ingin mengucapkan Takziah ke atas pemergian bapa kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry B Abdul Kadir