Sunday 12 October 2014

PERASMIAN DAN PELANCARAN PROGRAM KOSPEN PERINGKAT NEGERI PERAK 2014

Barisan Tetamu Terhormat
YB Dato Mohd Azhar B Jamaluddin

Pada 11/10/2014 yang lalu satu majlis Perasmian Dan Pelancaran Program Kospen Peringkat Negeri Perak 2014 telah diadakan di dewan rumah rehat Teluk Intan. Majlis ini melibatkan peserta sukarelawan Kemas dan wakil Klinik Kesihatan di setiap Daerah. Manakala Jabatan Kesihatan Daerah Hilir Perak merupakan urusetia anjuran tersebut.
Penyampai sijil kepada wakil sukarelawan Kemas
Barisan Wakil Penerima Sijil bersama YB ADUN Changkat Jong dan
Pengarah Kemas Perak
Program Kospen ini melibatkan kerjasama antara Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemas, ianya merupakan program julung-julung kali diadakan bersama dan melibatkan orang kampung. Orang ramai sudah membanjiri dewan rumah rehat pada jam 9.00 pagi lagi untuk sesi pendaftaran. Majlis tersebut dimulakan pada 10.00 pagi dengan ketibaan tetamu terhormat YB Dato Mohd Azhar b Jamaluddin Ahli Undangan Negeri Dun Changkat Jong yang disambut oleh Pengarah Kemas Negeri Perak En Ahmad Kamal Idris b Hj Nawawi.
Gimik Pelancaran Kospen Peringkat Negeri Perak 2014
YB ADUN Changkat Jong di sambut oleh
Pengarah Kemas Negeri Perak
 Majlis diteruskan dengan ucapan Alu-aluan dari dari Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Perak lalu menceritakan serba sedikit perlaksanaan Program Kospen ini. Seterusnya tanpa membuang masa YB Dato Mohd Azhar b Jamaluddin ADUN Changkat Jong dijemput untuk memberikan ucapan dan merasmikan Pelancaran Program Kospen Peringkat Negeri Perak 2014 ini. Setelah selesai upacara Perasmian , YB Dato Mohd Azahar b Jamaluddin dijemput sekali lagi naik ke pentas utama diiringi Pegarah Kemas Perak dan barisan tetamu yang lain untuk upacara penyampaian sijil kepada wakil sukarelawan dan wakil Jabatan Kesihatan mengikut setiap daerah.
Pegawai Kemas Hilir Perak bersama Penolong Pengarah Kemas
Unit Operasi 2
Barisan Penyelia-penyelia Kanan setiap Parlimen
Setelah selesai YB Dato Mohd Azhar dibawa melawat ke bilik pameran yang telah disediakan oleh kesemua Pejabat kesihatan di setiap daerah. Tujuan pameran tersebut untuk memberikan serba sedikit maklumat pencegahan penyakit dan penjagaannya seperti edaran risalah-risalah, buku-buku penjagaan kesihatan, poster-poster dan selain itu juga boleh membuat pemeriksaan kesihatan seperti darah tinggi , BMI ,Cardivaskular dan diabetes.

Dari kanan Pengarah Kemas Perak En Kamal Idris B Hj Nawawi


No comments:

Post a Comment