Monday, 27 April 2015

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TABIKA DEWAN KEMAS SG SAMAK KE KAPAL TLDM LUMUT DAN TELUK SENANGIN

Teluk Intan - Pada 26/4/2015 Tabika Dewan Kemas Sungai Samak telah membuat satu Lawatan Sambil Belajar ke Perkapalan TLDM Lumut dan Pusat Peranginan Teluk Senangin. Perjalanan bas bertolak pada jam 7.00 pg dan tiba di lokasi sekitar jam 9.00 pg.
Selain itu ahli rombongan peserta termasuk ibu bapa dan guru pengiring adalah seramai 43 orang. Lokasi lawatan yang pertama ada perkapalan TLDM Lumut. Selepas itu mereka menuju pula ke pusat peranginan Teluk Senangin dan menikmati makanan tengahari disana.
Disamping itu juga  satu acara sukanneka telah diadakan untuk kanak-kanak tabika bagi mengisi aktiviti-aktiviti program lawatan sambil belajar ini.