Thursday, 24 April 2014

BENGKEL PENINGKATAN PROFESIONALISME PEMAJU MASYARAKAT ZON E

Pada  tarikh 13/4/2014 satu Bengkel peningkatan Profesionalisme bagi kakitangan KEMAS Perak telah diadakan di Dewan Wisma UMNO Simpang Empat Bagan Datoh. Bengkel tersebut di hadiri terdiri daripada Parlimen Tapah, Tanjung Malim, Bagan Datoh, dan Teluk Intan. Keempat-empat zon ini di satukan untuk mewakili  zon E. Secara kesimpulannya dalam Perak ini KEMAS mewujudkan sebanyak 5 zon untuk memudahkan cara bekerja dalam satu pasukan.


Dalam Bengkel tersebut kehadiran peserta adalah diwajibkan, kerana Tuan Pengarah KEMAS Perak sendiri yang turun untuk memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak buahnya.Bengkel ini di adakan bagi memantapkan lagi prestasi kerja untuk kakitangan KEMAS mengharungi tahun 2014. Disamping itu juga Datuk Sharul Zaman merangkap Ahli undangan Dun Rungkup turut hadir bagi merasmikan Bengkel tersebut dan beliau turut merasmikan acara penutup juga.



Bengkel ini di mulakan pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 5.30 petang. Jumlah kakitangan yang hadir lingkungan 300 orang, selain itu juga pengisian bengkel tersebut amatlah bermakna buat kakitangan KEMAS bagi memastikan seluruh kakitangan KEMAS Perak bersedia menghadapi apa jua keadaan.