Teluk Intan - 10/1/2016 Satu Majlis Perasmian Pusat Internet Kg Ayer Hitam telah berlangsung dengan meriah sekali. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Dato Seri Mah Siew Keong Ahli Parlimen Teluk Intan.
Para pengunjung sekitar Kg Ayer Hitam telah berkumpul seawal 8.00 pagi lagi bagi menunggu ketibaan YB Dato Seri Mah Siew Keong. Selain itu juga mereka juga telah disediakan satu borang untuk di isi sebagai tanda ahli pusat internet.
Kehadiran pada hari tersebut amat lah memberangsangkan. Seramai 200 orang telah membanjiri dewan serbaguna Kampung tersebut . Pekara ini merupakan kejadian yang baru bagi Kampung tersebut kerana tidak semua Kampung mempunyai Pusat Internet satu Malaysia ini.